Tuesday, February 16, 2010

Langkah 7: Penyata Kewangan - Matlamat pada keseluruhannya

-
Dari aliran tunai, ramalan dibuat untuk Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
Pastikan penyata ini kelihatan "cantik" dengan 5 ukuran prestasi.
a) Prestasi keseluruhan
b) kecairan
c) kecekapan
d) gearan
e) potensi
f) pasaran

Penyata Kewangan mudah dibangunkan dengan excel.

Langkah 2,3 dan 4 menghasilkan Kunci Kira Kira.
Langkah 1 membantu menyediakan Penyata Pendapatan.
Langkah 6 menyediakan baki baki tunai/bank Kunci Kira Kira.

Penyata Kewangan boleh diextract dari strukture ROE du pont - Langkah 5

Penyata kewangan dibangunkan pada penghujung tempoh pembiayaan. Kalau tempoh 7 tahun maka penyata kewangan dibangunkan pada tarikh tersebut.

Arriffin 012-2786282

Langkah 6: Aliran Tunai menentukan kecairan

-
Aliran tunai perlu dirancang supaya tidak putus tunai.
Aliran wang masuk dan aliran wang keluar menurut bulanan bagi peringkat tahun pertama. Bagi tempoh berikutnya, aliran boleh dibuat secara ringkasan seperti 6 bulan sekali.
Semua item yang penting perlu dicatitkan dalam aliran ini seperti modal pinjaman, ansuran bayaran.
Faedah bank turut dikira untuk aliran tunai.
Baki awalan tunai dan baki hujung penting untuk kesenambungan.

Pengajaran Aliran tunai hanya berkesan dan cekap dengan template excel.

Sila ambil perhatian bahawa pengurusan kecairan adalah lebih penting dikekalkan setiap masa. Apabila bertembong, maka kecairan perlu diutamakan dari keuntungan.

Aliran tunai turut mengambil kira pinjaman bank, faedah dan bayaran tetap yang perlu dibayar setiap bulan kepada bank.

Langkah 5 : Semak PTE dengan Du Pont


Model Pulangan:




Langkah ini bertujuan menyemak balik matlamat perniagaan dan strategi untuk mencapainya.

Matlamat perniagaan didefinisikan dengan Pulangan terhadap Ekuiti.

Format Du Pont perlu diisi supaya PTEnya dicongak dengan strategi yang telah dirancangkan.

Jika PTE yang dihasratkan tidak tercapai maka perubahan strategi perlu diubahsuai. Strategi strategi seperti berikut perlu disemak semula:-
1) harga jualan
2) kos tetap dan kos berubah
3) kuantiti jualan
a) modal kerja
b) modal tetap
c) Ekuiti dan pinjaman

Arriffin 012-2786282

Langkah 4 : Ekuiti dan Pinjaman jangka panjang

-
Apabila modal kerja dan tetap telah dirancangkan dan anggaran dibuat maka pembiayaan perniagaan boleh ditentukan samaada melalui sebahagian ekuiti atau sebahagian pinjaman jangka panjang.

DiMalaysia pada biasanya, ekuiti boleh dileveragekan dengan pinjaman dengan RM2 pinjaman setiap RM1 ekuiti.

Kalau pinjaman bukan pilihan yang ada maka perniagaan perlu dibiayai 100% ekuiti.

Jika peluang meminjam ada, maka pinjaman wajar menjadi alternatif pembiayaan.

Lebih tinggi pinjaman dibuat maka lebih berganda keuntungan dapat tercapai.

Berhutanglah kamu.

Arriffin 012-2786282

Langkah 3 - Meminimumkan aset tetap

-
Aset hanya dipunyai apabila perlu sahaja. Sewa dan lease patut diutamakan untuk mengurangkan penggunaan modal yang terlekat dengan aset tetap.

Pembelian aset dijustifikasikan melalui kriteria Internal Rate of Return atau Net Present Value kerana ia berbentuk jangka panjang.

Jika perlu dipunyai maka pembelian melalui pinjaman adalah digalakkan.

Antara jenis aset tetap ialah:
a) Tanah dan Bangunan
b) Kilang dan Jentera
c) Mesin dan Perkakas
d) Perabut dan renovasi
e) Kenderaan

Untuk menilai aset tetap maka aliran tunai aset perlu diramalkan.

Antara aset, aset semasa perlu diutamakan kerana ia menjana keuntungan secara langsung.

Susutnilai turut dikira dalam jadual ini.

Arriffin 012-2786282

Langkah 2 - Modal Kerja yang mencukupi


Langkah ini memerlukan kita mengangarkan saiz modal kerja yang terdiri dari TUNAI, STOK, PENGHUTANG DAN PEMIUTANG.

Modal kerja ialah wang dan harta yang digunakan untuk jualbeli. Modal ini lebih penting dari modal tetap kerana ia menghasilkan keuntungan.

Anggaran boleh dibuat dengan menentu berapa hari tanggungan yang item diatas perlu disediakan.

Contoh:-
Tunai (dalam bank dan tangan) : 10 hari belian
Stok (barang untuk dijual dan beli): 15 hari belian
Penghutang (Jualan kredit kepada pelanggan): 30 hari jualan
Pemiutang (pemberian kredit oleh pembekal) : 45 hari belian

Aset Semasa tolak Liabiliti Semasa = Modal kerja
Strategi diatas turut dinamakan strategi jualan (trading strategies).
Modal kerja ditentukan oleh strategi jualan.

Arriffin 012-2786282    

Langkah 1 - Titik Pulang Kos (Model asas perniagaan)

-
Rancangkan keuntungan perniagaan anda dengan mengenali kos tetap dan berubah.

Bandingkan kos dengan hasil jualan dan anda akan dapat untung yang dirancangkan. Secara tak langsung, anda menentukan apakah saiz perniagaan anda.

Kedua, anda tentukan  harga produk and dan berapa jumlah jualan yang ada dapati dari saiz pasaran sasaran.

Angka berikut adalah penting bagi langkah pertama:
Harga, volume, kos tetap dan berubah, saiz pasaran dari units and nilai.

Formula untuk titik pulang kos = Kos Tetap / 1 - kos berubah/jumlah kos

Sasaran keuntungan = Kos tetap + untung yang sasarkan / 1-kos berubah / jumlah kos

Langkah ini dapat menentukan samada model perniagaan yang hendak dilaksanakan viable ataupun tidak.

Perubahan atau strategi berasaskan stimulation perlu dibuat untuk memaksimumkan pulangan.

Langkah ini juga boleh disebutkan sebagai model asas perniagaan.

Arriffin 012-2786282

Monday, January 18, 2010

Bengkel Rancangan Perniagaan - on line 30 hari dan satu hari bengkel

7 langkah RP


  1. Bengkel diatas akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu pertama setiap bulan.
  2. Peserta akan dihadkan kepada 5 orang sahaja.
  3. Setiap saorang pelatih akan dibekalkan buku kerja dan CD yang berkaitan.
  4. Sila bawa note book atau laptop anda masing masing.
  5. Fee RM1,000 termasuk makan dan minuman ringgan.
  6. Sijil kompetensi akan diberikan.

.


Model Perniagaan bermula dengan membandingkan hasil dengan kos yang menghasilkan untung.

Model menunjukkan kuantiti berapa untung tercapai dengan harga yang dirancangkan.






Bengkel akan dijalankan diPetaling Jaya.
Sila rujuk kepada saya untuk kepastian
Hj Arriffin 012-2786282

KANDUNGAN KURSUS

  1. Kajian pemasaran
  2. Perletakan pasaran - market positioning
  3. Target Market - customers profile
  4. Strategi pemasaran
  5. Pemetaan Strategi pemasaran
  6. Model perniagaan
  7. Modal Kerja
  8. Modal Tetap
  9. Pembiayaan perniagaan - ekuiti dan pinjaman
  10. Aliran tunai
  11. PTE sebagai matlamat
  12. Ramalan Penyata Kewangan







Metrik Keusahawanan

Pelajari ilmu dan kemahiran keusahawanan dengan tumpuan kepada angka.
(Berfikir, merancang dan bertindak dengan strategi yang diintegrate untuk mencapai matlamat)
  1. Perletakan pasaran (market positioning)
  2. Strategi Pemasaran
  3. Modal kerja dipengaruhi oleh strategi niaga.
  4. Aset tetap dimenimakan dan dibiayai oleh pinjaman
  5. Ekuiti dan Pinjaman mengimbangkan pimbiayaan diatas.
  6. Pulangan terhadap Ekuiti diramalkan dengan format du pont.
  7. Aliran tunai diunjurkan untuk mempastikan kecairan.
  8. Membangunkan ramalan penyata kewangan yang sihat.
  9. Nisbah utama perniagaan yang sihat dan cekap
  10. BSC perspectif
    • KPI - ketua eksekutif
    •  KPI - Pemasaran
    • KPI - Pengeluaran
    • KPI - Kakitangan
    •  KPI - Kewangan
  11. Pemetaan Strategi


*Nota: KPI ialah key performance indicator atau petanda prestasi utama.