Friday, October 18, 2013

Peruncitan suatu cabaran


  1. Apa itu peruncitan?  Perniagaan yang mana untungnya kecil tetapi bergantung kepada volum atau kuantiti jualan yang tinggi dan dibiayai oleh leverage kewangan.
  2. Leverage kewangan termasuk pinjaman bank atau kredit  pembekal.
  3. Peruncitan melibatkan pengurusan produk atau stok yang banyak tetapi dengan kecekapan yang tertinggi.
  4. Untuk memuaskan pelanggan yang ramai dengan keperluan berubah-ubah, peruncitan turut berhadapan dengan persaingan pemasaran yang hebat.
  5. Persaingan peruncitan melibatkan teknologi IT yang canggih, lokasi yang strategik, layanan pelanggan yang mesra dan dalam suasana pengurusan yang cekap.
  6. Dengan demikian rangkaian peruncitan menjadi asas sebuah ekonomi negara yang maju. Jika pengurusannya lemah maka negara turut terjejas ikut.
  7. Istilah Inggeris untuk peruncitan ialah retail yang berlawanan dengan wholesale. Ia peringkat paling bawah bawah dalam nilai pasaran ekonomi.  (lowest downstream).  Ia tidak perlu kecil malah banyak syarikat retail seperti walmart atau tesco merupakan syarikat hyper market terbesar didunai.  Perniagaan mereka menjurus kepada retailing.
  8. Peruncitan perlu memantau prestasi utama seperti berikut:-
    • Produk mana yang lebih untung
    • pulangan lantai
    • Pulangan kakitangan
    • Purata belian pelanggan
    • Margin jualan
    • Pusingan jualan
  9. Prestasi jabatan dan fungsi
    • Pemasaran
    • Operasi
    • Pekerja
    • Kewangan
    • Belian
    • Keseluruhannya
copyright Arriffin Mansor

No comments: